Suami Ditangkap Khalwat, Serina Redzuawan Tuntut Hak Penjagaan Anak

Menerusi satu muat naik dilaman instagram milik Serina Redzuan, beliau dilihat seperti sudah berputus asa terhadap perangai bekas suaminya itu dengan memberitahu kesedihan yang ditanggung olehnya. 

Baginya, tindakan bekas suaminya itu memang melampau kerana apabila Gavin ditangkap khalwat, anak-anaknya yang masih berusia 7 dan 6 tahun itu berada dirumah bersamanya.

Bagi Serina, walaupun beliau tidak suka untuk berkongsi cerita kepada public terutamanya hal-hal berkaitan dengan rumahtangga. Namun, Serina berharap dengan perkongsian ini beliau akan jadi lebih kuat dan memohon agar peminat-peminat beliau sentiasa mendoakan kehidupan beliau bersama anak-anak.
Terdahulu, Serina dan Gavin telahpun tinggal berasingan sejak dua tahun sehinggalah mereka sah bercerai dengan talak satu pada 1 Ogos 2017.
Salma Syahbuddin