“Suara Ke Laut” Janna Nick DiKecam Hebat Nyanyi Lagu Sufian Suhaimi

Lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi begitu mendapat perhatian dikalangan peminat apatah lagi lagu tersebut dikeluarkan ketika dirinya itu sedang dilanda kontroversi. Justeru itu, ada sesetengah artis yang turut menyanyikan lagu tersebut sebagai lagu cover version mereka termasuklah pengacara Melodi ini, Janna Nick.

Menerusi video yang dimuat naik dilaman Youtube baru-baru ini, Janna dilihat menyanyikan lagu tersebut sambil diiringi alunan bunyi gitar oleh suami kepada Sheila Rusly, Jinggo. 

Walaupun netizen mengkritik suara Janna menyanyikan lagu tersebut sehingga ada yang melabel suaranya itu “sumbang”. Namun, Janna nampaknya begitu selesa sehingga tidak mempedulikan kritikan netizen dan menyanyikan lagu tersebut mengikut style beliau sendiri. 

Wah! memang berhantu juga lagu Sufian Suhaimi ni kan? Mana taknya, walaupun muzik video rasmi masih belum dilancarkan tetapi lagu Di Matamu ini seringkali menjadi trending dilaman Youtube. 

 

Salma Syahbuddin