Suami Fatin Afeefa Bagi Nafkah Cecah Lima Angka? – “Maintenance Eh?”

Perkongsian terbaru pelakon, Fatin Afeefa mencuri perhatian selepas memuat naik notifikasi transaksi bank dari suaminya, Aliff Awang.

Apa yang menarik perhatian adalah jumlah transaksi yang tertera seakan mencecah lima angka dan rujukan wang tersebut adalah ‘maintenance’

Berdasarkan ’tilikan’ XTRA terhadap nilai wang yang dipadamkan, ia berjumlah RM15,000.

Tangkapan skrin tersebut dimuat naik di Instagram story milik Fatin pada Jumaat beserta kapsyen “Maintenance’s eh?,” ujar Fatin.

Menjengah ke Instagram suaminya, Aliff atau mesra disapa Opai berkata perkahwinan juga adalah satu bisnes.

Sebelum ini, nama Opai sering mencuri perhatian ramai di media sosial selepas terdapat individu mendakwa suaminya seorang penipu.

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Suami Fatin Afeefa Dapat Hasil Hanya Daripada Komisen Trading?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Berjaya Raih Pendapatan RM76,000 Seminggu, Netizen Berang ‘Statement’ Suami Fatin Afeefa – “Dah La Single, Lepastu Tak Kaya”

Terdahulu, pasangan ini juga pernah dikritik hebat oleh ramai pihak selepas tular sebuah video suaminya yang mengakui telah menjadi orang kaya selama empat tahun sehingga dilabel bongkak dan riak.

Aqilah Paharuzi