“Suami Tak Tegur Ke?” – Kain Terbelah Paras Betis, Penampilan Uqasha Senrose Ditegur.. Ini Respons Tuan Badan

Pelakon jelita, Uqasha Senrose sekali lagi hangat menjadi perbualan selepas berkongsi sebuah video di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Berdasarkan video tersebut, Uqasha memakai busana dress berwarna hitam dan terbelah di tengah sehingga bahagian betisnya.

Isteri kepada pelakon Kamal Adli memakai dress tersebut untuk sebuah penggambaran drama telah mencuri perhatian ramai pengikutnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, terdapat individu menegur penampilan Uqasha yang dikatakan terlalu seksi.

Malah, individu tersebut turut mempersoalkan sama ada suaminya, Kamal ada menegur penampilan seksinya itu.

“Seksinya. Suami tak tegur ke?” soal individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, kakak kepada aktres Nelydia Senrose ini tampil menjawab komen tersebut.

Akur dengan penampilan seksinya itu, Uqasha bagaimanapun tidak cepat melatah dan menerima teguran tersebut dengan hati terbuka.

“Tegur… nanti saya tak sexy ye kak,” balasnya.

Aqilah Paharuzi