Suka Buat Dua Kerja, Syafiq Farhain Jadi Bomba Sebagai Jaminan Masa Depan?

Selain menyanyi, penyanyi Syafiq Farhain masih berkhidmat sebagai anggota bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sehingga hari ini.

Menurutnya, dia tidak ada perancangan untuk berhenti sebagai bomba dan fokus menjadi penyanyi sahaja kerana masih boleh menguruskan masa dengan baik.

“Setakat ni memang tak ada lagi walaupun ada ura-ura mengatakan saya nak berhenti bomba yang mana saya pun tak tahu mereka dengar dari mana.

“Dari mulut saya sendiri memang tak pernah cakap nak berhenti lagi sebab saya boleh buat sekali gus dan masih boleh manage lagi time tu jadi tak ada masalah,” ujarnya.

Sementara itu, dia akui melakukan dua kerja dalam satu masa merupakan antara jaminan pada masa akan datang sekiranya tidak berjaya dalam bidang nyanyian.

Namun, anak kepada Allahyarham Saleem ini gembira dengan kedua-dua kerjayanya.

“Sebenarnya, jaminan tu ya juga tapi yang selebihnya tu memang saya minat.

“Walaupun sekarang saya bekerja di office, mana tahu satu hari nanti saya dapat kembali bekerja di balai, padam ap dan selesaikan kes-kes.

“Kalau tak kerja duduk rumah mesti bosan. At least kalau tak ada job (menyanyi), saya masih ada kerja,” jelasnya.

Maya Basir