Suka Pergi Shopping Salah ‘Timing’, DSV ‘Disekolahkan’ Netizen

Ini bukanlah kali pertama usahawan selebriti, Datuk Seri Vida (DSV) dilihat berbelanja ketika waktu operasi kedai berjenama mewah antarabangsa itu hampir tutup ataupun tamat.

Malah, sebelum ini juga beliau pernah tular di laman sosial gara-gara dikritik hebat netizen akibat isu yang sama.

Terbaharu, menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Vida sekali lagi berkunjung ke butik berjenama mewah antarabangsa, Louis Vuitton ketika operasi butik tersebut telah tamat.

Justeru itu, rata-rata warganet tampil menyuarakan pendapat mereka berhubung tabiat Vida yang dikatakan suka mencari perhatian atau ‘attention seeker’ sehingga boleh menimbulkan rasa kurang senang pekerja jika mempunyai pelanggan sepertinya.

 

Salma Syahbuddin