“Aurat Lelaki Tu.. Ingatkan Dah Warak..” – Norman Hakim Dikecam Gara-Gara Tayang Badan ‘Sado’ Dalam…

Sebelum ini, pelakon lelaki terkenal, Norman Hakim meraih perhatian akibat aksi menayang badan di media sosial.

Namun, kini tampil lagi isu sama dan Norman menjadi sebutan netizen di serata media sosial selepas sekeping foto yang memaparkan aktor tersebut menayang badan dan dikelilingi tiga pelakon wanita terkenal dianggap sangat tidak wajar dan memalukan terutamanya kepada tontonan umum.

Foto kontroversi Norman tular menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik oleh vlogger yang terkenal dalam membuat ulasan filem iaitu Zhafvlog.

Difahamkan, foto berkenaan dipercayai merupakan satu babak dalam filem komedi dan aksi ‘Tiga Janda Melawan Dunia’.

Berdasarkan ciapan tersebut, Zhaf menyertakan kapsyen yang ditujukan kepada golongan wanita.

Tinjauan di ruangan balas ciapan tersebut mendapati ramai dalam kalangan netizen yang sependapat dengannya dan menganggap babak tayang badan Norman dalam filem tersebut adalah satu perkara yang tak senonoh untuk di tonton.

Bukan itu sahaja, netizen turut mempertikaikan bagaimana Norman sanggup untuk mendedahkan badannya yang memaparkan aurat sebagai seorang lelaki muslim.

Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan netizen yang lebih berfikiran terbuka dengan mengatakan babak tular tersebut sebenarnya sangat melucukan.

Malah, sebagai vlogger filem review terkenal, Zhaf turut memberikan kata pujian untuk filem tersebut yang berkualiti tinggi dan memberikan rating 5 bintang.

Filem Tiga Janda Melawan Dunia merupakan sebuah filem komedi dan aksi Malaysia arahan Hyrul Anuar terbitan Golden Screen Cinemas.

Ia dibintangi oleh Khatijah Tan, Normah Damanhuri, Raja Azura, Norman Hakim, Rosnah Mat Aris, Ellyza Azizi dan Abbas Mahmood. Filem ini mengisahkan tentang tiga janda yang berusaha untuk mengumpul duit untuk membeli tiket konsert terakhir penyanyi kegemaran mereka, Aiman Zalini.

Aqilah Paharuzi