#WhazzupNetizen: Bata Didakwa Tiru Design Jenama Terkenal, Nama Vivy Yusof Tercelar, Stesen TV Gelar Manchester United ‘Sampah’ & Ifa Raziah Diselar Amin Idris

Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Jenama Bata Dikritik Tiru Design Beg Mewah, Vivy Yusof Terkena Tempias

Heboh di ruangan media sosial Twitter mengenai isu beg tangan jenama Bata yang didakwa ‘meniru’ idea dan design beg tangan mewah seperti Prada, Longchamp, Tony Burch dan lain-lain lagi.

Tinjauan di media sosial Twitter mendapati jenama Bata kekal trending nombor satu semenjak semalam, ekoran isu kontroversi yang melanda kini.

Bukan itu sahaja, nama usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof turut menerima tempias daripada isu meniru idea ini di mana rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap mereka yang masih menyokong jenama Duck kerana didakwa meniru idea pengusaha kecil lain.

Namun begitu, ada juga yang mempertahankan Bata dengan berkata jenama berkenaan bukan meniru, tetapi mengikut trend peredaran semasa dalam bidang fesyen terkini.

2. Stesen TV Antarabangsa Gelar Manchester United ‘Sampah’

Rata-rata rakyat Malaysia menggemari sukan bola sepak luar negara iaitu English Premier League (EPL) seperti Manchester United (MU), Liverpool, Arsenal, Chelsea dan lain-lain lagi.

Namun, baru-baru ini peminat kelab sukan MU digemparkan dengan tindakan stesen televisyen antarabangsa, BBC selepas memaparkan tajuk Manchester United Are Rubbish (Manchester United Adalah Sampah) secara langsung.

Isu tular tersebut menimbulkan pelbagai reaksi netizen terutamanya peminat setia MU yang tersinggung.

Namun begitu, ramai juga dalam kalangan netizen yang dipercayai peminat sukan bola sepak lain yang menyokong kenyataan BBC kerana dianggap satu fakta yang tepat.

Bagaimanapun, pihak stesen TV BBC telahpun memohon maaf dan tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurut seorang pembaca beritanya, Annita Mcveight menjelaskan tulisan yang muncul dalam laporan sukan berkenaan adalah kesilapan yang tidak disengajakan.

Sebaliknya, tulisan berkenaan dipercayai kesilapan teknikal daripada pelatih di belakang takbir yang sedang belajar mengoperasikan ticker (mesin elektronik yang memaparkan data atau informasi).

3. Isu Tutup Aurat & Tanah Suci, Ifa Raziah Diselar Amin Idris

Selebriti sensasi, Ifa Raziah memberi pendapatnya soal isu menutup aurat di mana dia berkata telah ke tanah suci sebanyak tiga kali, meskipun belum memakai tudung.

Dek kerana itu, Ifa telah menerima tohmahan teruk rata-rata netizen dan diselar oleh penceramah motivasi, Amin Idris mengenai kenyataannya yang dianggap sangat tidak wajar.

“Sebagaimana kita tak suka amalan kita dipertikai oleh orang lain, jangan kita pertikaikan amalan kebaikan orang.

“Orang yang bertudung, mungkin tak sembahyang lagi tapi bertudung itu adalah amalan kebaikan.

“Dan mana tahu dengan bertudung dia akan berzikir, sembahyang, sedekah amal jariah.. Jadi jangan pertikai orang lain,” katanya.

Pengacara terkenal itu juga turut menegur isu kunjungan ke tanah suci yang menjelaskan dijemput menunaikan ibadah haji atau umrah adalah ‘seruan’ Allah SWT dan amalan di sana yang akan dinilai.

“Seorang wanita yang bertudung tapi belum dapat seruan ke tanah makkah, tidak bererti dia tidak sempurna kebaikkanya,

“Mendapat seruan ke tanah haram ialah seruan. Dan seruan itu mesti disambut dan dibuktikan dengan amalan,” katanya.

Aqilah Paharuzi