Susut 17 KG Demi Comeback, Dazrin Dah Ready Guys!

Rasanya dah lama kita tak nampak pelakon Dazrin Kamaruddin muncul di kaca televisyen.

Dazreen ketika ditemui Xtra pada majlis minuman petang bersama Puan Sri Nisa Bakri semalam nampak banyak perubahan terutama dari segi bentuk badan.

Katanya, dia mengalami penurunan berat badan sebanyak 17 kilogram selepas beberapa bulan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Oleh kerana saya nak buat comeback, saya perlu lakukan sesuatu. Saya sedar dengan lambakan ramai pelakon baru, saya tidak boleh abaikan penampilan.

“Baru-baru ini saya ‘dirisik’ oleh pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam untuk berlakon dalam dramanya.

“Walaupun masih belum ada kata putus, saya mengambil inisiatif untuk lakukan sesuatu agar tampil menarik di tv,” katanya optimis.

Sementara itu, pelakon berusia 31 tahun ini memaklukan dia sudah bersedia kembali aktif dalam dunia seni.

“Ramai produser bertanya sebelum ini sama ada saya masih ada masa untuk berlakon atau tidak. Kalau sebelum ini saya sibuk dengan keluarga dan perniagaan, sekarang saya dah bersedia merancakkan jadual seni.

“InshaAllah kalau ada peluang saya teringin mengarah drama pula. Skrip sudah ada cuma tunggu peluang dan masa sesuai. Doakanlah,”akhiri suami kepada Nur Fazuli Razali ini.

SGMS Fas

Recent Posts