Susut 5 KG, Cassidy La Creme Kongsi Tips Kurus Tanpa Pil

Penyanyi kelahiran Australia Cassidy La Creme berkongsi tips bagaimana dia menjaga bentuk badannya selepas musim perayaan Krismas, baru-baru ini.

Maklumlah, bila tiba musim perayaan, pasti anda semua menikmati hidangan lazat berpinggan-pinggan. Betul tak?

” Buat masa ini saya dah susut 5 kilogram untuk Konsert Duo Lagenda di mana saya mengamalkan Bulletproof Fasting. Saya turut membancuh kopi khas bagi memberi tenaga sepanjang hari. Dalam masa sama, saya turut melakukan senaman empat kali seminggu.

” Saya juga berhenti mengambil minuman manis dan makan dalam kuantiti sederhana apabila tidak berpuasa,” katanya ketika ditemuramah dalam program Feel Good Show 7, baru-baru ini.

Penyanyi berusia 31 tahun ini sedar sebagai penyanyi, dia perlu lakukan beberapa perubahan terutama bab gaya hidup termasuklah berdiet.

” Tubuh saya memerlukan tenaga optimum ketika bekerja. Saya amat gembira dengan perubahan kali ini,” akhirinya.

 

SGMS Faida