#TindanChallenge, Tahukah Cabaran Ini Boleh Undang Risiko

Keke Challenge, Falling Stars Challenge dan Momo Challenge, terbaru ‘Tindan Challenge’ pula menjadi ikutan orang ramai.

Cabaran ‘tindan’ ini bermula dengan satu gambar sekumpulan lelaki yang viral mengambil gambar dengan cara ‘menindih’ satu sama lain daripada bawah hingga ke atas.

Mungkin nampak menyeronokkan dan pastinya mencabar, tetapi disebalik keseronokkan itu, ada risiko kecederaan yang membahayakan kesihatan.  Public Health Malaysia ada berkongsi bahana daripada aksi ini.  Semoga bermanfaat.

NGERI!

Itu reaksi seorang doktor pakar rehabilisasi apabila melihat gambar #TindanChallenge di kongsi baru baru ini.

Ibu bapa sekalian, kanak kanak masih lagi di fasa tumbesaran, tulang dan otot mereka masih lagi berkembang, rapuh dan mudah cedera.

Bebanan di bahagian tulang belakang dan tengkuk menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat kecederaan tulang belakang dan kecederaan saraf tunjang.

Kecederaan ini juga sering berlaku apabila kanak kanak terjatuh dari tempat tinggi 

Komplikasi dari kecederaan tulang belakang menyebabkan risiko lumpuh seumur hidup. Berbaloikah mengejar gambar viral sehingga sanggup mempertaruhkan keselamatan anak anak?

FAKTA MENGENAI KECEDERAAN TULANG BELAKANG 

  • Kemalangan dan JATUH merupakan antara punca utama kecederaan tulang belakang di kalangan kanak kanak.
  • 20% kecederaan saraf tunjang dan tulang belakang berlaku kepada REMAJA & KANAK KANAK.
  • Insiden untuk menjadi kacacatan tulang bengkok (skoliosis) akan meningkat 90% sekiranya seseorang mengalami kecederaan semasa kanak kanak.
  • Kanak kanak lebih berisiko untuk LUMPUH sekiranya alami kecederaan tulang belakang.
  • KOMPLIKASI bagi kanak kanak dan remaja yang mengalami kecederaan tulang belakang adalah lebih tinggi.

Kalau anda yang menyeru untuk menyahut cabaran ini, katakan TIDAK seboleh-bolehnya.

SGMS Enal