Categories: Trending

Miley Cyrus & Liam Hemsworth Akhirnya Berkahwin Setelah Hampir 10 Tahun ‘Dating’

Dah official!

Setelah berpacaran secara on and off dan setelah mencetuskan banyak spekulasi, penyanyi Miley Cyrus dan pelakon Liam Hemsworth akhirnya mengumumkan yang mereka telah mendirikan rumah tangga! Yaaay!

Majlis perkahwinan pasangan selebriti ini telah berlangsung pada 23 Disember lalu di Tennesee, Amerika Syarikat. 

Miley, 26, telah memilih sebuah gaun rekaan Vivienne Westwood, manakala Liam, 28, pula memperagakan sepasang suit hitam dan sneakers putih. Simple je!

Antara tetamu penting yang hadir adalah ibu bapa Miley, Tish dan Billy Ray Cyrus, serta kakak dan adik perempuannya, Brandi dan Noah. Abang-abang Liam, Chris dan Luke, juga turut hadir bersama bapa mereka Craig.

Foto: Instagram @tishcyrus

Untuk hari istimewa ini, Miley dan Liam telah memilih untuk mengadakan sebuah acara yang intimate di salah sebuah kediaman milik Miley iaitu di Tennessee.

Namun begitu, hari perkahwinan mereka ini adalah “perfect”, menurut majalah People. Mereka dilaporkan memang dah lama ingin mengadakan sebuah sambutan secara kecil-kecilan dan private bersama orang-orang tersayang, dan itulah apa yang mereka dapat.

Sebuah sumber mengatakan, “(Miley) sayangkan rumahnya di Tennessee itu dan berasa sangat gembira kerana majlis penting ini diadakan di situ.” Baguslah!

Foto: Instagram @billyraycyrus

Nampaknya walaupun mereka selebriti dan berharta, mereka tak rasa pun nak adakan majlis yang gah. Simple-simple pun tak apa, asalkan mereka sendiri bahagia. So sweet.

Sejarah percintaan Miley & Liam

Untuk yang tak tahu, Miley telah bertemu dengan Liam buat pertama kalinya di set pengambaran filem The Last Song pada 2009 di mana mereka memainkan watak-watak yang akhirnya jatuh cinta.

Foto: Getty / Gregg DeGuire

Onscreen chemistry di antara mereka berdua memang hangat! Tapi di luar kamera pula, ia bukanlah cinta pandang pertama bagi Miley.

Di dalam sebuah interview dengan majalah Seventeen pada 2009, Miley mendedahkan yang dia tidak mempunyai impression yang bagus terhadap Liam bila mereka mula bertemu.

“Saya ada dengar khabar angin yang dia sebenarnya tak nak pun mainkan watak itu,” kata Miley.

“Jadi bila dia datang untuk audition, saya fikirkan yang lelaki ini kacak dan yakin tapi dia tak sedar betapa bertuahnya dia dapat peluang ini, kerana saya tahu yang saya memang bertuah.

“Ini adalah peluang besar untuk kami berdua, jadi saya fikirkan, ‘urgh, bencilah’.”

Semestinya semua itu berubah sebaik saja Miley dan Liam mula berkenalan. “Saya mula bersembang dengannya dan dia merupakan seorang yang manis dan precious.

Foto: Touchstone Pictures/Sam Emerson

“Dan di sesi audition kedua, chemistry kami muncul dengan senangnya. Sejak dia masuk ke dalam bilik itu dan kami nampak masing-masing, kami terus rasa seronok untuk bekerja dan belajar bersama.”

Awwww….. Semoga berkekalan hingga ke anak cucu!

Sumber: Popsugar

Ad Ops