Betto Khai Kongsi Kisah Dengan Bekas Isteri Dalam Lagu Baru?

Penyanyi Betto Khai mengaku lagu Terpisah Jua Akhirnya dihasilkan berdasar pengalaman sebenarnya sebelum ini.

Betto atau nama sebenarnya Mohammad Khairul Masian memberitahu lagu ini merupakan luahan isi hatinya selepas bercerai dengan bekas isteri tiga tahun lalu.

“ Liriknya amat dengan hati saya. Kesedihan itu saya luahkan menerusi lagu ini. Biarpun sudah berpisah, hubungan kami masih baik.

“ Mungkin lirik ini bukan 100 peratus menuju kepada bekas isteri tetapi sedikit sebanyak ia berkisar tentang cerita cinta saya,” katanya kepada xtra.

Sementara itu, penyanyi berusia 32 tahun ini pernah menghasilkan sebuah single berjudul Anugerah Cinta pada tahun lalu.

Selain itu, Betto juga memiliki sebuah kedai gunting rambut, Mox Stylo yang terletak di Bukit Kapar, Klang.

“ Biarpun berstatus duda, saya masih bekerja keras untuk mencari wang untuk perancangan jangka masa panjang.

“ Ini demi anak-anak saya iaitu Aryan, 5 dan Mikhael, 4 yang kini berada di bawah jagaan ibu mereka,” katanya memaklumkan dua putera comelnya bakal beraksi dalam klip video Terpisah Jua Akhirnya.

SGMS Faida