Categories: Gaya Hidup

Di Usia 92 Tahun Tapi Masih Hebat Gesek Biola, Ini Rahsia Gaya Hidup Sihat Tun Dr Siti Hasmah

Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang 2035 apabila 15 peratus daripada penduduknya terdiri daripada warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Namun, apa persediaan dari setiap anggota masyarakat hari ini.

Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ada tip untuk ‘kekal muda’ pada peringkat usia warga emas.

Menjangkau usia 92 tahun, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dilihat masih bertenaga dan ceria.

Bahkan baru-baru ini, beliau memukau penonton dengan gesekan biolanya di acara Konsert Duo bersama Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir, berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya.

Foto: Berita Harian

Apa rahsia suri hati Tun Dr Mahathir Mohamad ini? Jom semak fakta di bawah.

6 tip Tun Dr Siti Hasmah untuk ‘kekal muda’

Kata Tun Dr Siti Hasmah, pertama sekali jaga pemakanan dan makan makanan yang sihat. Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Elak makanan berminyak dan berkolestrol tinggi.

Keduanya, dapatkan rehat yang cukup. Sesibuk mana sekalipun, pastikan tidur dan rehat yang mencukupi untuk sentiasa kekal cergas dan cerdas.

Ketiga, bersenam. Inilah perkara yang selalu orang malas lakukan tetapi dengan bersenamlah dapat memelihara sistem dalaman badan atau organ agar sentiasa berfungsi dengan baik serta kekal sihat.

Keempat, lakukan aktiviti kegemaran semasa lapang. Dengan melakukan perkara yang kita suka, ia dapat memberi kebahagiaan dan kepuasan secara peribadi.

Kelima, sentiasa bergaul dengan rakan.

Keenam, sokongan keluarga terutama anak-anak.

Ketujuh, amalkan bacaan doa dan ayat Al-Quran yang baik untuk kesihatan luar dan dalaman.

Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali berkongsi tip itu semasa menghadiri Majlis Penutup Penyandang Ketiga Kursi Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali di Universiti Malaysia (UM).

Sumber: Astro Awani

Yanie Baharom