Categories: HiburanSelebriti

Sweetnya Ucapan Ulang Tahun Hafiz Buat Ibu…

Penyanyi Hafiz Suip meluahkan penghargaan terhadap ibunya, Puan Halizawati Salleh yang meraikan ulang tahun pada hari ini.

Menerusi Instagramnya, Hafiz berdoa agar ibunya terus dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia sentiasa.

“ Selamat hari lahir bonda tercinta saya. Semoga dilimpahkan kesihatan dan kebahagiaan di samping keluarga tersayang.

“ Terima kasih kerana melahirkan, menjaga dan mendidik kami adik beradik sehingga sekarang tak putus-putus selagi nama kami ‘Anak’,” katanya.

Hafiz juga mengakui tidak mamu untu membalas budi ibunya tetapi berjanji untuk sentiasa mendoakan kedua ibu-bapa untuk selamanya.

“ Doa saya selalu mengiringi kitak duak bapak…I love you till jannah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, lagu terbaharu Hafiz berjudul Kisah Cinta Kita diangkat sebagai lagu tema dalam drama Dia Menantu Rahsia yang sedang hangat ditayangkan setiap Isnin-Jumaat jam 7 malam di TV3. Jom layan! 

SGMS Faida