Sweetnya! Najwa Latif Nyanyikan Lagu Untuk Suami Buat Ramai Blushing – “Bestnya Kahwin”

Penyanyi Najwa Latif tampil berkongsi momen mesra bersama suaminya, Akwa Arifin sekali gus meraih perhatian dalam kalangan peminatnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Najwa menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Najwa tampil menyanyikan lagu Ku Juga Mencintaimu nyanyian asal Saiful kepada Akwa.

Lebih menarik lagi, Akwa kelihatan sangat teruja dan begitu menikmati kemerduan suara isterinya, Najwa ketika menyanyikan lagu tersebut.

“Ku Juga Mencintai Dirimu (Cover) with the person I adore dearly. Cewah!,” tulisnya.

@njwalatifKu Juga Mencintai Dirimu (Cover) with the person I adore dearly. Cewah! 😷

♬ original sound – Najwa Latif

Melihat kemesraan pasangan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih sebanyak 430,200 tontonan dan 70,700 tanda suka.

Fatin Nurain