Peminat Seronok Dengar Mawar Rashid Cakap Bahasa Thailand Dengan MUA Janna Nick

Pelakon Mawar Rashid tampil meraih perhatian dalam kalangan peminatnya selepas melihat gelagatnya berkomunikasi menggunakan bahasa Thailand bersama jurusolek dari negara itu, Babarabeer.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Mawar menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Dalam perkongsian tersebut, Mawar kelihatan begitu selesa dan fasih bertutur dalam bahasa itu ketika jurusolek itu sedang menyiapkan aktres, Janna Nick untuk majlis resepsinya, baru-baru ini.

Malah, jurusolek itu juga sempat memuji kemahirannya bertutur dalam bahasa Thailand.

“Teman mommy Jan getting ready for her reception,” tulisnya.

@mawarashidTeman mommy Jan getting ready for her reception 💕

♬ original sound – mawarashid

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang suka mendengar cara pertuturannya..

 

Fatin Nurain