Categories: HiburanTrending

“I Akan Pilih You La” – Isteri Hafidz Roshdi Dedah Mesej Perbualan Dua Individu… Siapa Tu?

Umum mengetahui bahawa konflik rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri belum menemui kata sepakat.

Terbaharu, Nurul Shuhada Mat Shukri berkongsi tangkap layar perbualan dua individu di Instagram Storiesnya (IGS).

Menerusi hantaran tersebut, perbualan itu memaparkan bahawa dua individu itu sedang berbincang dan menyentuh soal perkahwinan.

Walaupun pendedahan itu tidak memetik mana-mana nama tetapi kapsyen Shuhada memberi bayangan ia ada kena mengena dengan krisis rumah tangganya.

“Diorang dah planned lama dah, korang and Shu je taktahu. Hahaha,” tulis Shuhada dengan menggunakan lagu Menghitung Hari nyanyian Kris Dayanti.

Untuk info, Hafidz menyatakan bahawa dia akan berkongsi mengenai status hubungannya dengan Athira Yuhada selepas selesai prosiding penceraian dengan Shuhada.

Artikel Berkaitan: Bakal Kahwin Dengan Athirah Yuhada? Ini Jawapan Hafidz Roshdi

Atiqah Johari