Sweetnya! Tonton Konsert LANY Bersama, Anna Jobling & Meerqeen Rakam Muka Masing-Masing Masa Lagu I Love You So Bad

Pelakon kacak, Meerqeen dan aktres jelita, Anna Jobling sering melakukan aktiviti bersama-sama walaupun diluar waktu kerja.

Baru-baru ini, pasangan ini dilihat menghadiri konsert LANY bersama yang diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Menerusi perkongsian Meerqeen di Instagram Story, dia sempat merakam Anna ketika lagu ILYSB (I Love You So Bad) dimainkan.

Begitu juga dengan Anna, ketika lagu tersebut dinyanyikan oleh kumpulan dari Amerika Syarikat itu, dia turut merakam wajah Meerqeen.

Kemudiannya, pelakon Melur Untuk Firdaus ini turut memuat naik video lagu-lagu dari konsert dan foto bersama Meerqeen.

Susulan foto itu, Meerqeen turut meninggalkan komen di hantaran berkenaan.

“Banyak lagi akan datang,” tulis Meerqeen menggunakan emoji ‘love’.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen suka melihat mereka bersama dan mendoakan agar mereka berjodohan.

Maya Basir