Spontan Habis… Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Cindai Bersama Peminat Jadi Bualan Warganet

Kemeriahan konsert penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini masih lagi hangat diperkatakan.

Terbaharu, tular di platform TikTok sebuah video yang menunjukkan penyanyi itu menyanyikan lagu Cindai bersama peminatnya yang bernama, Istiqamah secara spontan.

Menerusi video yang berdurasi lima minit 13 saat itu, Siti telah turun dari pentas dan mendekati peminatnya itu sambil mengusiknya untuk menyanyikan lagu kegemarannya.

“Kalau betullah peminat Siti Nurhaliza, you all semua request saya nyanyi lagu tu, nyanyi lagu ni. Kali ni saya yang request. Cuba nyanyi satu lagu yang you suka sangat,” katanya.

Dalam perkongsian itu, peminatnya yang bertuah itu tampil menyanyikan lagu Cindai bersama penyanyi yang disegani itu.

Selain bernyanyi bersama, seluruh dewan konsert itu turut meriah dengan jeritan penonton yang hadir apabila peminatnya itu dapat memeluk dan bergambar dengan Siti.

@noadamki Dia turun tangga je semua da riuh satu dewan ni kan plak bt lawak 😂😂😂🥰🥰🥰 semua syg @Siti Nurhaliza #fyp #fypシ #sitinurhaliza #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Cindai – Siti Nurhaliza

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa cemburu mereka dan memuji kemerduan suara wanita tersebut ketika menyanyikan lagu Cindai.

Fatin Nurain