Categories: HiburanSelebriti

Syamsul Yusof Jadi Pencipta Lagu?

Kalau filem KL Special Force mendapat perhatian sejak beberapa hari ini kerana dilihat setanding dengan filem Hollywood, Maka, tidak sah lah jika sesebuah filem itu tidak disertakan dengan lagu OST sebagai langkah dan cara untuk mempromosikan sesebuah filem. Betul tak?

Dengan lagak aksi yang non-stop, KL Special Force kini menggandingkan pelakon watak antagonis dalam filem tersebut iaitu, Syamsul Yusof dan Black Hanifah dalam lagu Selamat Tinggal Masa. Lagu Ciptaan Syamsul Yusof ini turut mendapat sentuhan lirik dari sepupu beliau sendiri iaitu Dr. Anwar Fazal yang turut bertanggungjawab dalam menulis lagu-lagu popular seperti Kalah Dalam Menang, Senorita, dan Bukan Propaganda.

Lagu ini bukan saja sarat dengan nasihat dan mesej positif, Selamat Tinggal Masa juga mulai trending dilaman Youtube sejak ia mula dilancarkan pada 8 Mac lalu, dengan jumlah tontonan sebanyak 698, 638 jumlah tontonan. Wow!

Tahniah diucapkan kepada Syamsul Yusof kerana berjaya menghasilkan lagu yang sarat dengan mesej positif dan lagu tersebut juga kini mula mendapat tempat dihati peminat muzik tanah air.

 

Salma Syahbuddin