Syarat Wajib Kalau Mahu Memperisterikan Rita Rudaini…

Isu kahwin lelaki muda seakan-akan menjadi trend di negara kita bukan? Selepas A. Aida mengambil keputusan untuk berkahwin dengan lelaki lebih muda berusia 29 tahun iaitu 18 tahun lebih muda dari dirinya, Che Ta pula tampil memberikan sokongan dengan mengatakan wanita yang berkahwin dengan lelaki muda selalunya tampak lebih ‘bergetah’ berbanding wanita muda. 

Bagi Rita Rudaini dirinya itu juga tidak terlepas dari terpalit isu sama apabila memberitahu ramai lelaki muda yang ingin ‘try’ dirinya menerusi Direct Message (DM) di akaun instagram miliknya.

Bagaimanapun, Rita akui masih belum mahu menempuhi semula alam rumahtangga. Kerana beliau masih belum bersedia kecuali lelaki tersebut bersedia dan menerima anak-anaknya. 

“Terkejut juga apabila menerima banyak mesej lamaran, terutama daripada lelaki muda selepas memberi kenyataan mengenai isu kahwin, baru-baru ini.

“Saya sekadar menjawab soalan, jika lelaki lebih muda itu bertanggungjawab terhadap keluarga dan sayang anak-anak, saya sedia (terima).

“Pada awalnya, saya baca begitu sahaja, tetapi bila bertalu-talu menerima mesej sama, saya buat tidak peduli. Tiada satu pun saya balas kerana saya tidak berminat menjalin hubungan baharu.” Katanya ketika ditemui di sebuah majlis pelancaran, semalam

Mempunyai dua orang cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, sudah cukup membahagiakan ibu tunggal ini. 

“Saya tidak pernah sunyi kerana ada sahaja aktiviti seperti menguruskan anak, rumah dan kerjaya. Dari awal pagi hingga ke malam, saya sibuk dengan pelbagai rutin harian.

“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang hingga langsung tidak terfikir untuk berkahwin semula. Saya belum bersedia untuk kembali memikul tanggungjawab sebagai isteri.

“Kalau ada yang berhajat atau mungkin hati saya terbuka nanti, saya mahu lelaki itu menyayangi anak saya seperti saya sayangkan mereka. Perasaan anak paling utama sekiranya mahu kembali berumah tangga.” Jelasnya

Apa-apa pun kita doakan, mana tahu suatu hari nanti muncul pula seorang lelaki yang dapat menyentuh hati Rita? Kita doakan yang terbaik sahaja okay!

Jangan lupa saksikan lakonan Rita Rudaini dalam cerekarama Terlakur Cinta Suci pada Sabtu ini, jam 9 malam di TV3 ya!

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

Ad Ops