Syatilla Melvin Jalani Rawatan Fisioterapi, Syukur Ramai Titip Doa – “Tak Sangka Aku Insan Terpilih”

Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin tampil berkongsi dirinya kini sedang menjalani rawatan fisioterapi susulan derita penyakit Slip Disc yang dialaminya, baru-baru ini.

Terdahulu, Syatilla telah memuat naik momen dirinya menjalani proses MRI kerana tidak boleh menggerakkan lehernya selama tiga hari berturut-turut.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 Hari Leher Tak Boleh Gerak, Syatilla Melvin Alami ‘Slip Disc’ – “Ingat Sakit Urat Biasa Sebab Menyusu Anak” 

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Syatilla memaklumkan sakit belakangnya sudah pun berkurangan.

Menurut Syatilla, dia belum merancang untuk membuat rawatan susulan kerana bimbang memandangkan slip disc yang dihadapinya di bahagian leher.

“Salam semua, Subhanallah! Memang rezeki saya luar biasa! Terlalu ramai yang mendoakan, Alhamdulillah! Walaupun sakit tak hilang sepenuhnya, tapi banyak sangat dah bekurang, peritnya slip disc ni Allah ja yang tau.

“Tak sangka aku insan terpilih. Sekarang tengah fisio dulu, belum plan untuk rawatan selanjutnya sebab slip disc ni dekat leher so seriau sangat. Tapiiii kita ok je nak live mcm biasa hari-hari! Cuma tak boleh duduk lamaaaa,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon itu juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakannya terutama sekali suaminya, Shaheizy Sam yang menjadi penguat semangatnya.

“By the way, moga Allah balikkan berjuta juta kali kebaikan untuk semua yang mendoakan saya. Amin Ya Allah! Orang sebelah tu kekuatan n semangat aku tu. Yayu lefff,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut meluahkan rasa syukur dengan perkembangan terkini pelakon itu serta mendoakan kesihatannya agar pulih dengan cepat.

Fatin Nurain