Syazwan Zulkifly ‘Kuarantin’ Tunang?

Selepas mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu, pelakon Syazwan Zulkifly mengaku lega kerana tidak perlu berahsia lagi.

Ini kerana, hampir 10 tahun berkawan rapat dengan tunang, Syawariah Zulkifli, Syazwan mengambil tindakan ‘kuarantin’ wanita itu daripada ibunya.

“Selama saya berkawan dengan dia, saya tidak pernah bawa berjumpa dengan ibu.

“Saya bersekolah di sekolah yang semuanya pelajar lelaki. Jadi setiap kali berkawan dengan wanita, nak bawa balik bawa jumpa ibu, macam ada rasa takut. Bukan saya sahaja yang rasa hal ini malah adik saya juga lalui hal sama.

“Jadi selepas lama berkawan, saya bawa dia berjumpa ibu dan selama setahun setengah juga ibu melalui proses ‘perkenalan’ dengan tunang,” katanya kepada Xtra.

Syazwan berkata, dia memilih Syawariah kerana wanita itu sangat memahami dan menerima dirinya seadanya.

“Saya bersyukur dia sangat kenal diri ini dan memahami. Dia tidak kuat cemburu dan tidak bertanyakan soalan-soalan yang boleh menjurus kepada pergaduhan. Itu yang membuatkan hubungan kami sangat mudah dan matang,” akhirinya.

Pelakon yang dikenali watak Pali dalam drama Pujaan Hati Kanda itu berkongsi berita majlis pertunangan dengan wanita pilihannya itu menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada 31 Ogos lalu.

Majlis pertunangan pasangan ini dihadiri ahli keluarga terdekat kedua belah pihak telah berlangsung di Taiping, Perak.

Oleh: Fas

SGMS Faida