#tilljannah By: Halimey Zamal December 6, 2022 @ 12:10pm

Syifa Jadi Pelaris, Aksi Adik Beradik Melvin Undang Tawa Netizen – “Depa Tak Nak Beli Kalau…”

Adik kepada Syifa Melvin, Syida Melvin tular di media sosial kerana mempromosikan barangan kosmetik semasa sesi live di TikTok.

@syida.melvin Kita dok kalot sembang pasai Glowrizer yg depa dok kalot nak tengok SIFA SIFA SIFA 😤😤😤😤 #syifawi #syifamelvin #glowrizerkekasihskin #moisturizerviral ♬ just can’t stop laughing A(1250690) – LEOPARD

Menerusi entri tersebut, Syida dan adik beradiknya yang lain ‘berang’ apabila netizen hanya ingin membeli produk yang hanya dipromosikan oleh Syifa sahaja.

“Siapa yang kata Syifa masuk baru beli tu!

“Sat lagi dia masuk hampa tak beli siap ya, aku baca nama hampa ni, sat aku pergi panggil dia,” ucap Syida.

Sementara itu, Syida dan adik beradiknya mengangkat Syifa beramai-ramai untuk menyertai mereka di sesi live tersebut.

“Hampa tak beli berdosa tau!” ucap Syifa ringkas.

Tambah Syida lagi, dia menzahirkan rasa geramnya di ruangan kapsyen terhadap netizen yang ingin melihat kakaknya itu sahaja.

“Kita dok kalot sembang pasal produk yang depa dok kalot nak tengok Sifa Sifa Sifa,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur dengan gelagat adik beradik itu dan mendoakan agar hubungan mereka berkekalan hingga ke Jannah.

“Kecoh lah adik beradik ni.

“Siap usung kawan tu ke depan, kelakar lah korang ni.

“Seronoknya hubungan adik beradik macam ni, pasti skin semua elok suka tengok,” tulis netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 1.1 juta tontonan dan lebih 63,000 tanda suka.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Nov 2022
Hiburan Sat, 6 Jan 2018

Khatam Al-Quran Sewaktu Usia 6 Tahun

Seawal usia 6 tahun, anak sulungnya, iaitu Bella sudah pun khatam Al-Quran.

Featured Fri, 26 Jun 2020

Ketahui jumlah kalori dan lemak setiap bahagian potongan ayam

Pilih bahagian yang beri nutrisi berkhasiat

Featured Tue, 23 May 2023
Events Thu, 24 Oct 2019

陶晶莹来马开唱差点跟老公闹离婚?自称是大马天后

出道29年的陶晶莹去年底在台北首次举办大型售票演唱会,深受各界好评;而事隔20年她宁愿舍弃《金马奖》也要来马开唱,更自爆为大马场差点跟老公闹离婚!