Categories: HiburanSelebriti

Syukur! Azharina Keluar Hospital Selepas Empat Hari Di Wad

Penyanyi Azharina Azhar yang dimasukkan ke hospital sejak empat hari lalu kini dibenarkan pulang ke rumah.

Azharina atau lebih mesra dipanggil Nina dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengalami muntah dan demam berpanjangan.

“ Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT Nina telah dibenarkan pulang ke rumah. Terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesihatan Nina,” katanya.

Tulisnya di Instagram, dia masih perlukan rawatan buat masa ini kerana belum sihat sepenuhnya.

Terdahulu, kakak angkat kepada penyanyi lagu, Elegi Sepi itu, Nuraisyah Tan berkata, Azharina dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Puchong, dekat sini, kira-kira 10 pagi semalam selepas mengadu kejang urat.

“Sudah tiga hari dia demam dan muntah-muntah. Melihat keadaannya itu, saya segera menghubungi doktor, seterusnya membawa Azharina ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Dia dibenarkan pulang, namun masih muntah-muntah dan tidak berselera makan hingga mukanya pucat,” katanya.

Penyanyi berusia 35 tahun ini bakal beraksi di Konsert Azharina Queen of Soul pada 29 Jun ini di Teater Shah Alam.

Semoga cepat sembuh, Nina! 

SGMS Faida