Syukur! Nabil Ahmad Bakal Jadi Tetamu Allah Kali Keempat

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad bakal berangkat ke Makkah bersama isteri tercinta, Nazirah Ayub untuk mengerjakan ibadah Umrah buat kali keempat berturut-turut bermula 7 hingga 14 Jun depan.

Alhamdulillah, ini merupakan kali keempat pengacara popular ini menyambut bulan Ramadhan di tanah suci.

“Seperti mana tahun sebelumnya, saya akan ke Makkah untuk buat Umrah pada 10 malam terakhir Ramadan.

“Alhamdulillah Allah murah dan permudahkan rezeki saya untuk sekali lagi buat Umrah dan saya memang sentiasa ternanti-nanti untuk kembali ke sana.

“Setiap kali pulang perasaan rindu itu semakin menebal dan saya akan ambil peluang ini untuk beribadat dan memperbaiki diri,” katanya kepada salah sebuah portal hiburan tempatan.

 Nabil memberitahu, buat masa ini dia masih belum bersedia untuk membawa dua anak perempuannya kerana merasakan mereka masih kecil.

“Hajat hati memang nak bawa anak-anak tetapi mengenangkan mereka masih kecil jadi rasanya biarlah dahulu,” katanya yang kini sibuk menyelesaikan baki rakaman program sebelum berangkat ke Makkah. 

SGMS Faida