Categories: HiburanSelebriti

Taeyang Kahwin Februari 2018

Mula berpacaran sejak tahun 2013, anggota kumpulan BIGBANG Taeyang mengumumkan bakal berkahwin dengan kekasihnya, Min Hyo Rin.

Berita gembira itu dikongsi oleh Taeyang menerusi akan Instagram (IG)nya dengan memuat naik foto bersama dengan kekasihnya yang juga merupakan seorang pelakon.

“ Hari ini saya ingin berkongsi satu berita gembira dan istimewa dalam hidup saya kepada kamu semua. Saya telah membuat keputusan untuk menghabiskan hidup saya bersama Min Hyo Rin, seorang wanita yang sentiasa berada di sisi tidak kira susah atau senang sejak empat tahun lalu.

“Kepada semua anggota BIGBANG, YG Family dan mereka yang saya pernah bertemu serta bekerja bersama, saya ingin ucapkan terima kasih.

“Saya harap anda semua akan terus memberikan sokongan dan restu kepada kami berdua,” tulisnya.

Dalam pada itu, agensinya, YG Entertaiment juga mengesahkan pasangan itu akan berkahwin pada February depan. Pasangan ini bakal berkahwin sebelum Taeyang menjalani latihan ketenteraan.

Foto: Instagram @_youngbae_ Sumber: Soompi / Allkpop

SGMS Enal