Tahniah! Anne Ngasri Dikurniakan Darjah Kebesaran KMN

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Cili Padi, Datin Anne Ngasri dikurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada Khamis.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Anne menyatakan rasa syukur dikurniakan darjah oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riā€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

ā€œSyukur dengan izin dan limpah kurniaNya. Semoga Allah SWT merahmati Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku yang memayungi seluruh rakyat.

ā€œPatik menjunjung kasih dan kurnia serta terus bekerja keras menabur bakti demi agama, bangsa dan negara yang dicintai,ā€ tulisnya di kapsyen.

Memetik laporan Bernama, turut berkenan berangkat pada istiadat tersebut ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sekadar info, jumlah keseluruhan penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan adalah sebanyak 292 penerima dan 69 daripadanya menerima Kesatria Mangku Negara (KMN) dimana salah seorangnya ialah Anne atau nama sebenar Naszriah Binti Ngasri.

Turut menemani Anne ke istiadat berkenaan ialah kakaknya yang juga seorang pelakon dan penerbit iaitu Darling Ngasri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas darjah kurniaan yang diterimanya.

Malah, ada juga yang memberi pujian bahawa dirinya masih kelihatan muda dan kekal cantik.

Maya Basir