Foto Keluarga Tular Di TikTok… Anak Dara Faizal Hussein Jadi Perhatian, Ramai Offer Diri Nak Jadi Menantu

Pelakon senior Faizal Hussein tampil mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas tular gambar raya keluarganya di TikTok, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular itu, peminat Faizal telah memuat naik gambar mereka sekeluarga yang mengenakan baju sedondon berwarna coklat keemasan.

Namun, kecantikan anak daranya, Fazryn Faizal berjaya menangkap perhatian dan menjadi bualan dalam kalangan warganet.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.

Malah, ada juga yang sempat mencuba nasib dan menawarkan diri mereka untuk menjadi menantu kepada pelakon itu.

Fatin Nurain