Hiburan By: Maya Basir July 21, 2023 @ 2:01pm

Tahniah! Anne Ngasri Dikurniakan Darjah Kebesaran KMN

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Cili Padi, Datin Anne Ngasri dikurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada Khamis.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Anne menyatakan rasa syukur dikurniakan darjah oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Syukur dengan izin dan limpah kurniaNya. Semoga Allah SWT merahmati Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku yang memayungi seluruh rakyat.

“Patik menjunjung kasih dan kurnia serta terus bekerja keras menabur bakti demi agama, bangsa dan negara yang dicintai,” tulisnya di kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official)

Memetik laporan Bernama, turut berkenan berangkat pada istiadat tersebut ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sekadar info, jumlah keseluruhan penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan adalah sebanyak 292 penerima dan 69 daripadanya menerima Kesatria Mangku Negara (KMN) dimana salah seorangnya ialah Anne atau nama sebenar Naszriah Binti Ngasri.

Turut menemani Anne ke istiadat berkenaan ialah kakaknya yang juga seorang pelakon dan penerbit iaitu Darling Ngasri.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas darjah kurniaan yang diterimanya.

Malah, ada juga yang memberi pujian bahawa dirinya masih kelihatan muda dan kekal cantik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Tue, 8 Nov 2022

[VIDEO] Sajat Dedah Sebab Tak Boleh Balik Malaysia – “Selagi Belum Dapat Pengampunan Dari…”

Mana dah pernah jumpa dekat expo, itulah last pertemuan kita – Sajat 🥺🥺

Featured Fri, 3 Feb 2023
Trending Thu, 19 Jul 2018
Hiburan Mon, 29 Apr 2019

Ramai Artis Buka Tudung, Apa Komen Mira Filzah?

Pesan Mira, bagi yang nak pakai tudung, cuba ikhlaskan dan tenangkan hati…