Tahniah! Bella Dally Selamat Bertunang Dengan Mr. A

Selepas move on dari kontroversi melibatkan dirinya dan pelakon, Nazim Othman pada Mei tahun lalu, Bella nampaknya mengumumkan berita gembira mengenai pertunangannya menerusi akaun instagram miliknya harini.

Menurut pemilik nama, Nabilah Ali Dally, beliau telah berkenalan dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Arif hampir lima bulan lalu. Dan, detik perkenalan bermula apabila kedua-duanya sering bertemu dan Arif juga merupakan rakan kepada sepupu Bella.
Bagi Bella, mempunyai persamaan dan keserasian menjadikan mereka semakin rapat dan akhirnya mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 12 Januari lepas.

Sumber : Instagram @belladally

Majlis tersebut telah diadakan di kediamannya di Kota Kinabalu, Sabah. Majlis tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat pasangan ini. Wah, patutlah tak nampak Bella kat majlis El dan Faris baru-baru ni kan?
Apapun, kami di xtra.com.my mengucapkan tahniah buat pasangan ini!
Salma Syahbuddin