Categories: HiburanSelebriti

Tahniah Buat Tauke Selamat Bernikah

Pelawak terkenal Tauke atau Zamratul Amri Zakaria, 41, kini sah bergelar suami Nadia Mohd Affendi, 28, dengan hanya sekali lafaz, pada 11.55 pagi, hari ini.

Pasangan ini dinikahkan Imam dan Jurunikah Masjid Al I’itisam, TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib di De’Laman Event Space di Shah Alam.

Tauke yang sudah lima tahun menjadi duda selepas mendirikan rumahtangga sebanyak tiga kali sebelum bertemu jodoh dengan Nadia.

Nadia menerima mas kahwin RM300, wang hantaran berjumlah RM30,000 serta lima dulang hantaran yang dibalas tujuh dulung oleh pihak perempuan.

Sebelum ini, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 5 Disember 2015.

Difahamkan, malam ini akan berlangsung pula majlis resepi yang bertemakan Fairy Tale di lokasi sama.

SGMS Enal