Dia Fadila Terima Ijazah Sarjana Muda Muzik

Tahniah buat penyanyi Dia Fadila yang berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Seni Persembahan Muzik dari Pusat Kebudayaan Universiti Malaya sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke -58 di Dewan Tunku Canselor, baru- baru ini.

Dia Fadila atau nama sebenarnya Nur Fardilla Nadia Abu Bakar mengaku berdepan banyak rintangan dalam tempoh empat tahun sebelum berjaya menerima Ijazah ini.

” Bila ingat balik, memang rasa nak menangis. Keinginan menyambung pengajian di universiti tertua dan terbaik di Malaysia ini turut didorong oleh kakak ipar saya yang menjadi pensyarah di sini,” katanya.

Dia memulakan pengajian pada 2014 dan memilih tajuk kajian Stail Nyanyian Saloma Daripada Perspektif Vokal Klasikal Barat: Register (Vokal). 

“Vocal register atau penempatan vokal adalah satu elemen yang sangat penting dalam nyanyian ataupun teknik vokal. 

“Jadi saya cuba mengkaji bagaimana Seniwati Saloma menyanyikan lagu-lagu beliau terus diingati sehingga kini,” katanya.

Dia yang kini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam meluahkan rasa syukur kerana suaminya, Redza Abdullah Sanusi seorang yang sangat menyokong. 

“ Saya amat berterima kasih kepada suami dan ibu saya kerana banyak tolong jaga anak sementara saya ke perpuskataan untuk buat kajian kertas kerja saya,” katanya.

 Tahniah sekali lagi, Dia Fadila! 

 

 

SGMS Faida