Categories: Eat TravelFeatured

Ini Resipi Pasta Lemon Chicken Cheese Yang Mudah, Masak Dalam 1 Pan Saja

Anda mesti pernah makan hidangan lemon chicken, kan? Di Malaysia ini, kalau tak silap penulis, ia selalunya dihidang dengan nasi putih. Macam kena saja rasa lemon dengan ayam yang digoreng tepung.

Tahukah anda? Sajian lemon chicken ini boleh juga boleh dimakan dengan pasta. Dan kalau dah ada pasta, mestilah ada cheese! Kombinasi ayam, lemon dan keju ini memang mengasyikkan.

Jika anda teringin nak rasa, anda boleh ikuti resipi di bawah ini dan cuba masak di rumah. Cara masak pasta yang biasa memerlukan anda untuk rebus pasta mentah dulu, tus betul-betul dan kemudian barulah ia digabung dengan sos.

Resipi yang ini tak macam itu! Tak perlu rebus dulu asing-asing, tapi masak sekali dengan sosnya. Memang menjimatkan masa. Dengan cara ini juga, pasta itu akan lebih likat dan diselaputi dengan sosnya. Woooh!

Jom rujuk kepada video di bawah ini untuk mengetahui cara-cara memasak.

Bahan-bahan

  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji bawang Holland bersaiz sederhana, dipotong dadu
  • 450 gram dada ayam, dipotong kecil
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 1/2 cawan pasta jenis penne mentah
  • 2 cawan stok ayam
  • 3 sudu besar jus lemon
  • 3 cawan penuh daun bayam
  • 88ml cream cheese
  • 1/2 cawan keju mozzarella, diparut
  • 1/2 cawan keju Parmesan
  • Zest lemon untuk hiasan

Cara penyediaan

  1. Di dalam sebuah pan besar, panaskan minyak di atas api sederhana. Masukkan bawang dan kacau hingga lembut.
  2. Masukkan ketulan ayam dan sedikit garam dan lada hitam. Kacau hingga bertukar warna perang.
  3. Masukkan bawang putih dan masak selama seminit.
  4. Tambahkan pasta mentah dan stok ayam. Kacau hingga mendidih. Perlahankan api ke rendah dan tutup periuk dengan penutup. Biarkan reneh selama 20 minit.
  5. Bukakan penutup pan, kacau dan masak lagi selama 5 minit, atau hingga semua cecair telah diserap oleh pasta.
  6. Tutupkan api dan masukkan jus lemon, bayam, cream cheese, keju mozzarella dan keju Parmesan. Kacau hingga keju cair dan bayam layu.
  7. Hidang dengan parutan lemon zest di atasnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Tasty

Ad Ops