Categories: HiburanSelebriti

Tahniah Indah Ruhaila!

Percayalah…Indah kini bergelar isteri! Tahniah Indah Ruhaila yang selamat diijabkabul bersama pasangannya, Ahmad Shariff Ahmad Taufik dalam majlis tertutup di Subang Jaya, pada 23 Disember 2017
Wanita yang cukup popular dengan lagu Percayalah ini memohon maaf kepada teman media kerana tidak dapat menjemput untuk meraikan hari bersejarahnya bersama.
Indah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 manakala ajlis akad nikah dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat pasangan pengantin itu.
Majlis jamuan bagi pihak pengantin perempuan akan diadakan secara tertutup, malam ini.

Apapun, tahniah ya Indah! Sama cantik sama padan, kami doakan kalian berbahagia hingga syurga hendaknya…

SGMS Enal