TAHNIAH! Izreen Azminda Kini Hamil

Pelakon Izreen Azminda mengumumkan dia kini hamil tiga bulan selepas berkahwin lebih setahun dengan pemuzik Ude Wahid.

Berita gembira ini disampaikan oleh pelakon berusia 34 tahun itu menerusi laman Instagramnya, hari ini.

“ Syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu turut berkongsi sekeping gambar memaparkan imbasan ultra bunyi bayi di kapsyen berkenaan.

Izreen dan Ude yang juga pemuzik bebas, melangsungkan pernikahan pada 8 Ogos lalu di Damansara, Petaling Jaya berwalikan bapanya, Mohd Aznam Mohd Noor.

 

SGMS Faida