TAHNIAH! JOZLYN BAKAL DAPAT ANAK LAGI

Tahniah kami ucapkan kepada Johan dan Ozlyn kerana bakal menimang cahaya mata yang ke-lima mereka pada penghujung bulan Mei atau Jun tahun depan. Nampaknya, tahun 2018 bakal memberikan moment yang indah buat pasangan ini.  Ozlyn menerusi portal Astro Gempak telah mengesahkan bahawa dirinya itu kini hamil lima bulan dan hanya menyedari dirinya itu sedang hamil semasa menyertai salah satu pertandingan program realiti lawak pada tahun 2017.

Sebelum ini, video Johan tersasul mengatakan isterinya itu sedang hamil tidak mendapat sebarang komen daripada Ozlyn sendiri kerana ingin memastikan kandungannya itu stabil.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini.

“Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018,” 

“Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi.

“Namun saya tidak memberi sebarang reaksi atau kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan tentang perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil,” 

Ozlyn bersama anaknya, Chantiq

Wow! sekali lagi kami di xtra mengucapkan tahniah buat mama hanania ni. Semoga ibu dan baby dalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat.

 

 

 

 

Salma Syahbuddin