Tahniah! Mawar Rashid Selamat Melahirkan Bayi Perempuan

Pelakon, Mawar Rashid akhirnya selamat melahirkan bayi perempuan hari ini.

Perkara itu dikongsi Mawar menerusi hantaran yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya sebentar tadi.

Menurut Mawar, bayi perempuan yang diberi nama, Raden Seri Riyanna Sayang itu dilahirkan secara normal seperti dua lagi cahaya matanya.

“Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

“Mawar bersalin secara normal, just like my first 2 baby. Thank you semua atas doa-doanya.

”Say hi to Raden Seri Riyanna Sayang,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Mawar mengucapkan tahniah dan mendoakan agar aktres berkenaan selamat menjalani proses berpantang.

 

Salma Syahbuddin