Alhamdulillah…Mia Ahmad Timang Anak Lelaki

Tahniah buat pelakon drama Hati Perempuan, Mia Ahmad yang selamat melahirkan bayi lelaki, hari ini.

Berita gembira ini dikongsi di laman Instagram suaminya, Izham Tarmizi yang juga merupakan penjaga gol pasukan bola Johor Darul Takzim (JDT).

” Syukur Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi.

” Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang mendoakan. It’s a boy,” tulisnya di laman tersebut.

Menurut Izham, bayi sulungnya itu selamat dilahirkan pada jam 11.15 pagi tadi. 

Mia Ahmad sah bergelar isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Mohd Izham Tarmizi Roslan berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

SGMS Faida