Categories: TECHTech News

Tips Supaya Komputer Anda Tidak Terkena Virus

Seiring dengan perkembangan teknologi yang begitu pesat begitu juga dengan virus dimana banyak program-program yang dibangunkan untuk mengatasi masalah jangkitan virus pada perisian pengendalian(Operation System).

Artikel kali ini penulis akan berkongsi dengan anda tips supaya komputer anda tidak terkena virus, ketika mana  anda sedang menggunakan komputer perlu berhati-hati, semakin banyak program-program yang dibangunkan semakin banyak pula virus yang tersebar, apa itu virus.

Virus adalah salah satu perisian atau program tugasnya mengganggu kerja sesebuah komputer, samada ianya merosakkan file, software atau sistem operasi.Tahukah anda virus bukan hanya dibuat oleh pembangun perisian sahaja, tetapi ianya juga dibangunkan oleh syarikat antivirus sendiri.

Dibawah penulis akan menyenaraikan beberapa tips yang berguna bagi pencegahan awal daripada komputer anda dijangkiti virus.

JANGAN MUAT TURUN APA-APA PERISIAN YANG ANDA SENDIRI TIDAK TAHU.

Tahukah anda salah satu mudahnya anda dijangkiti virus kerana anda mudah tertipu dengan iklan yang terdapat di dalam laman sesawang dimana, anda diminta memuat turun satu perisian tetapi ianya adalah virus, virus ini disebut phishing.

BERHATI-HATI TERHADAP FLASH DISK, MEMORY ATAU MEDIA PENYIMPANAN.

Tahukan anda dengan anda berkongsi pendrive atau media penyimpanan ianya punca komputer anda dijangkiti virus, boleh jika anda ingin berkongsiseeloknya anda membuat imbasan / scan virus terlebih dahulu, kerana berkemungkinan komputer rakan anda mempunyai virus tanpa anda sedari.

GUNA ANTIVIRUS.

Sebaik-baik komputer anda perlu install antivirus yang terbaik antaranya kaspersky internet security atau lain-lain, perlu diingat jika anda install antivirus tidak bermakna jika anda sendiri tidak melakukan imbasan / scan virus terlebih dahulu sebelum membuka apa-apa file daripada media penyimpanan seperti pendrive,external hard disk, memory kad dan lain-lain.

Tips diatas sedikit sebanyak membantu anda, kebanyakkan masalah virus berpunca daripada pengguna sendiri jadilah pengguna yang bijak, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan boleh diajukan diruangan bawah.

Sumber : monaliza.com.my

Rosli Ab Rahman