Categories: AcaraFeatured

Hijab & Heels Kini Di Program Wanita Hari Ini, TV3

Portal gaya hidup wanita masa kini, Hijab & Heels kini melebarkan sayapnya dengan kemunculan platform Hijab & Heels TV. Pelayar portal ini kini boleh melihat video-video menarik dan penuh informatif berdasarkan segmen kategori yang terdapat di Hijab & Heels antaranya Fesyen & Kecantikan, Kesihatan & Kecergasan, Gaya Hidup, Kekeluargaan serta Makan & Libur.

Sebagai permulaan, Hijab & Heels akan berkolaborasi bersama program wanita popular di TV3, Wanita Hari Ini (WHI) di mana video-video pendek Hijab & Heels bakal disiarkan dua kali seminggu, pada setiap Isnin dan Khamis, bermula 1 Oktober ini.

Antara topik yang akan dikongsi bersama penonton setia WHI ialah Kesalahan Ketika Bermakeup, Pinless Hijab Style, Resepi Mac & Cheese, Senaman Untuk Kempiskan Perut dan banyak lagi pengisian menarik khas untuk anda!

Pengisian-pengisian yang ditampilkan bukan sahaja berinformasi dan menarik, malah dekat dengan jiwa wanita masa kini.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton video-video daripada Hijab & Heels di Wanita Hari Ini, jam 12.00 tengah hari di TV3. Anda juga boleh menonton video-video Hijab & Heels di saluran YouTube Hijab & Heels.

Selamat menonton!

tex_admin