TAHNIAH! NOOR NABILA BAKAL JADI IBU

Siapa yang tidak suka melihat momen-momen manis pelakon Sharnaaz Ahmad bersama Isterinya, Noor Nabila tidak kiralah melalui instagram mereka ataupun adik perempuan Nabila iaitu, Neelofa. Sudah hampir setahun  mendirikan rumah tangga, pasangan ini lantas tidak terlepas dengan soalan cepumas tentang cahaya mata. 

Namun, baru-baru ini ada seorang Ustaz seolah-olah memberikan gambaran bahawa Noor Nabila kini sedang hamil. Lantas menyatakan rasa syukur beliau atas kurniaan tersebut. Namun, buat masa ini Sharnaaz mahupun Nabila sendiri masih belum mengeluarkan apa-apa statement mengenai status kehamilan tersebut.

Noor Nabila berkahwin bersama pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dengan hanya sekali lafaz. Dan, sekiranya khabar angin ini benar, kami di xtra.com.my mengucapkan tahniah sekali lagi buat pasangan sama cantik, sama padan ini. Semoga baby dan ibunya sihat!

Salma Syahbuddin