Tahniah! Soo Wincci Genggam Ijazah Sarjana Kedua

Sudah pasti peminat dunia hiburan mengenali gadis cantik yang cukup berbakat besar dalam bidang lakonan yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Dunia 2008 ni kan? Inilah definisi sebenar beauty with brain!

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada penyanyi dan pelakon Dr. Soo Wincci yang baru sahaja menerima ijazah sarjana keduanya dalam jurusan Inovasi & Teknologi Dalam Produksi Muzik pada majlis konvokesyen yang diadakan di Kolej Berklee Kampus Valencia, di Sepanyol dua hari lepas.

“Sarjana kedua saya daripada pusat pengajian impian @berkleevalenciacampus. Bezanya, kali ini saya sendirian di Sepanyol, namun terima kasih di atas semua ucapan menerusi online. Saya perlu masuk ke dewan untuk graduasi sekarang. Akan kongsi lebih banyak gambar untuk anda semua nanti!” tulisnya menerusi status dan gambar yang dikongsi menerusi akaun instagram miliknya.

Sumber: Instagram @dr.soowincci

Terbaru, Wincci memberitahu peminatnya menerusi akaun instagramnya itu, selain bergraduasi baru-baru ini, dia juga dipilih untuk Post Master Fellowship, dan akan menetap di Spain selama setahun.

Sama-sama kita nantikan projek baru dari Wincci ya!

Ditulis Oleh: Nik Nur Amira

Ad Ops