Tahniah! Tasha Manshahar sah bergelar isteri kepada Raqib

Dengan sekali lafaz, penyanyi Tasha Manshahar selamat bergelar isteri kepada penyanyi, Fahrur Raqib Abdul Majid, hari ini.

Pasangan ini selamat dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Manshahar Abdul Jalil di Masjid Jamek Kajang yang disaksikan bapa saudara pengantin perempuan, Mohd Hasnan.

Tasha menerima mas kahwin RM300, sebentuk cincin, seutas gelang dan lima dulang hantaran dan manakala Raqib menerima tujuh dulang hantaran.

Tasha dan Raqib bakal diraikan dalam satu resepsi secara sederhana pada Ahad ini di Shah Alam.

Pasangan selebriti ini mengikat tali pertunangan pada 24 Disember tahun lalu selepas dua tahun berkenalan.

Dalam perkembangan lain, Tasha yang terkenal dengan lagu Bukan Aku tidak lagi aktif dalam dunia nyanyian selepas kerana fokus sebagai seorang guru dan penceramah motivasi.

Selamat Pengantin Baru buatTasha & Raqib, kami doakan semoga pasangan ini dilimpahkan kebahagiaan hingga ke Jannah, Amin…

SGMS Faida