Tahniah! Tauke Timang Anak Ketujuh

Alhamdulillah…Pelawak Tauke Jambu selamat menerima kehadiran anak perempuan pada Jumaat lalu.

Menerusi laman Instagramnya, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria memuat naik video isterinya Yaya di samping buah hati terbaru pasangan ini.

“Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT… Isteri @nadiayaya6 selamat melahirkan anak perempuan.

“Di Hospital Serdang tepat 8.28 malam… Terima kasih kepada yang mendoakan,” tulis Tauke.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan ini dan turut mendoakan bayi ini menjadi anak solehah pada masa akan datang.

Tauke dan Nadia Effendi berkahwin pada Disember 2017 di Shah Alam. Ini merupakan perkahwinan keempat Tauke, selepas lima tahun menduda.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Tauke dikurniakan enam cahaya mata. Sekali lagi, Tahniah Tauke & Yaya!

SGMS Faida