Usahawan terkenal, Vivy Yusof akhirnya mengumumkan bahawa dirinya sedang hamil anak ketiga! Alhamdulillah…Tahniah Vivy!

Menerusi laman Instagramnya, isteri kepada Fadzarudin Shah Anuar ini memuatnaik foto yang memperlihatkan perutnya yang sedang membesar. Walaupun hamil anak ketiga, Vivy masih tampak ‘berbisa’ dan hot.

Walau bagaimanapun, pemilik nama sebenar, Vivy Sofinas binti Yusof ini masih belum mendedahkan usia kandungannya buat masa ini.

Berdasarkan penulisan Vivy yang diterbitkan dalam satu kolum di New Straits Times semalam, kehamilannya kali ini memang dirancang!

“ Saya merasakan diri ini mampu mengglas satu lagi tanggungjawab biarpun jadual tugasannya begitu padat.

“Saya mengambil kira-kira 20 ujian kehamilan dan tidak ada satu pun yang positif, jadi saya menganggap kesemuanya rosak!

“ Namun, pada percubaan seterusnya saya sangat gembira apabila keputusannya positif,” celoteh Vivy.

Apa-apa pun, kami di Xtra.com mendoakan agar proses kelahiran bayi ketiga Vivy lancar. Tak sabar nak lihat bayi ini, pasti comel macam ibunya kan?

SGMS Faida