Tahniah! Zaaim Juara Mentor 7

Menepati jangkaan ramai, protege kepada Siti Nordiana, Zaaim Abdullah bergelar juara Mentor musim 7.

Persembahan yang berlangsung di studio Sri Pentas 2, Shah Alam menerusi lagu Gemuruh dan Bukan Rayuan Gombal ternyata membawa tuah kepada penyanyi berusia 28 tahun ini.

“ Terima kasih kepada penyokong Zaaim, Mummy Mas Idayu, Datuk Wah Idris, keluarga dan terutama buat mentor saya, Kak Siti Nordiana yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya selama ini,” katanya sejurus diumumkan sebagai pemenang.

Kemenangan ini sekaligus melayakkan Zaaim membawa pulang wang tunai berjumlah RM 80,000, sebuah kereta Haval sumbangan Aerocar.my bernilai RM 70,000 dan sebuah trofi sumbangan TV3.

Tempat kedua pula disandang oleh protege kepada Aizat Amdan, Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraf Fauzi yang membawa pulang wang tunai RM 40,000 manakala tempat ketiga disandang oleh protege Hafiz, Azmirul membawa pulang RM 20,000.

Tempat keempat dimenangi oleh protege kepada Datuk Syafinaz Selamat, Ranisha yang membawa pulang wang tunai RM 10,000 serta sebuah trofi.

Markah peserta diadili juri tetap mewakili 50 peratus, manakala juri awam 20 peratus dan 30 peratus lagi berdasaarkan undian atas talian di laman web www.xtra.com.my.

SGMS Faida