Tahniah! Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Zahirah dan Aiman menerusi sebuah perkongsian di Instagram, malam tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Aiman sempat meluahkan rasa bersyukur dan mengakui tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata keduanya itu.

“2023 is ending can’t wait for 2024. See you number two. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Zahirah turut meluahkan rasa terujanya dengan mempamerkan ‘baby bump’ menerusi sebuah hantaran video.

Teruja dengan berita gembira tersebut, rata-rata rakan artis dan peminat telah menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan itu di ruangan komen.

Terdahulu, Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Isaac Raees yang kini berusia dua tahun.

Fatin Nurain