Tahniah…Zamani Dah Bergelar Suami!

Penyanyi terkenal Zamani membuat kejutan apabila memaklumkan telah selamat bergelar suami, semalam.

Memilih untuk mengadakan majlis pernikahan secara tertutup, Zamani kini bergelar suami kepada wanita bernama Nur Juliana.

“Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah yang Maha Esa dan Maha Mengetahui, selesai sudah majlis pernikahan saya dan isteri hari ini (20 September 2019).

“Saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada terguris perasaan mana-mana pihak untuk menjayakan majlis pernikahan ini demi menghormati permintaan pihak keluarga,” katanya.

Menerusi entri di laman Instagram syarikat milik Zamani dan keluarga, Zime Production, dia juga berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis pernikahannya.

Sementara itu, penyanyi berusia 48 tahun ini bakal mengumumkan tarikh majlis resepsi yang akan diadakan kelak.

Rata-rata pengikut di laman Instagram berkenaan meninggalkan komen ucapan tahniah kepada pasangan pengantin baharu ini serta mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka. 

Selamat Pengantin Baharu, Zamani & Juliana! 

 

SGMS Faida